Garis masa Tekanan singkat saham GameStop

GameStop Corp. (GME) harga saham ditutup[4]
HariHarga (ASD)PerubahanIsipadu
Untung%
11 Januari19.94+2.25+12.72%14,927,612
12 Januari19.95+0.01+0.05%7,060,665
13 Januari31.40+11.45+57.39%144,501,736
14 Januari39.91+8.51+27.10%93,717,410
15 Januari35.50−4.41−11.05%46,866,358
19 Januari39.36+3.86+10.87%74,721,924
20 Januari39.12−0.24−0.61%33,471,789
21 Januari43.03+3.91+9.99%57,079,754
22 Januari65.01+21.98+51.08%197,157,946
25 Januari76.79+11.78+18.12%177,874,000
26 Januari147.98+71.19+92.71%178,587,974
27 Januari347.51+199.53+134.84%93,396,666
28 Januari193.60−153.91−44.29%58,815,805
29 Januari325.00+131.40+67.87%50,566,055
1 Februari225.00−100.00−30.77%37,382,152

Pada 22 Januari 2021, pengguna di r/WallStreetBets memulakan tekanan singkat pada saham GameStop yang mendorong harga saham mereka naik dengan ketara. Hal ini berlaku sejurus selepas komen daripada Citron Research yang meramalkan nilai stok akan menurun.[5] Harga saham meningkat lebih daripada 600 peratus pada 26 Januari dan turun naik yang tinggi menyebabkan perdagangan dihentikan berkali-kali.[6][7]

Setelah stok GameStop ditutup 92.7 peratus pada 26 Januari 2021, ahli perniagaan Elon Musk memuat naik siaran pautan ke subreddit r/WallStreetBets dalam Twitter.[8] Sehingga 27 Januari 2021, harga saham intrahari tertinggi sepanjang masa untuk GameStop ialah AS$380.00 (hampir 150 kali ganda daripada paras terendah $2.57) lantas menilaikan syarikat itu pada AS$26.5 bilion iaitu lebih besar daripada kebanyakan syarikat dalam S&P 500.[9]

Pada 27 Januari 2021, r/WallStreetBets mencetuskan tekanan singkat pada AMC, sebuah syarikat dalam kedudukan yang serupa dengan GameStop.[10] Nilai AMC Networks (AMCX) juga meningkat dengan ketara. Hal ini dipercayai berlaku kerana nama sahamnya serupa dengan AMC.[11] Gangguan telah dilaporkan pada pelbagai pialang seperti TD Ameritrade dan Robinhood.[12]

Rujukan

WikiPedia: Tekanan singkat saham GameStop http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... //www.worldcat.org/issn/0099-9660 https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-01-25...